salam ukuwah,
Island Hopping punya cerita
(25/1/13)
yummmmmmmmmmmmyyyy!
harini semua orang bangun awal. semua bangun dalam keadaan excited, senyum selebar-lebarnya sebab harini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. harini kitorang ber-island hopping atau dalam istilah lainnya, melawat pulau ke pulau. semua orang pun tahu kan pulau-pulau di sekitar Andaman Sea adalah sangat cantik dan menarik. jujur saya katakan, pulau-pulau di sekitar Krabi dan Phuket adalah lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau di Bali. air dia sangatlah jernih, warna kebiru-biruan, pasir yang memutih, halus bila dipijak, sangat mengasyikkan okey! so, kalau kauorang datang ke Krabi atau Phuket, jangan lepaskan peluang untuk ber-island hopping dan menikmati pemandangan yang sangat cantik dan berbaloilah.
tour yang kitorang guna untuk island hopping
memang terbaaaaaaaaaaaik!
(make sure masa survey tour tu, carik yang menyediakan makanan halal di Phi Phi Island, contohnya macam Barracudas Tour ni)
mana lagi baik, island hopping dari Krabi atau dari Phuket? ye, persoalan tu pernah terlintas dalam kotak pemikiran saya sebelum trip ni sebab tak tahukan nak ambil dari Krabi atau Phuket. tapi, selepas buat survey-survey, meneliti blog-blog orang lain, baca forum-forum sikit, saya mendapati, ramai bersetuju mengatakan kalau nak island hopping, better dari Krabi daripada ambil di Phuket. faktor ekonomi adalah faktor utama, sebab ramai mengatakan kalau ambil tour dari Phuket lebih mahal dari di Krabi memandangkan mat-mat salleh memang lagi ramai di Phuket berbanding di Krabi, so dia kenakan higher charge lah untuk tour island hopping. so, sebab itu kitorang memilih island hopping di Krabi instead of Phuket. terima kasih kepada abang Adree, geng Backpackers Buddies Malaysia (BBMers) yang menyelesaikan soal mem-booking tour untuk island hopping. Alhamdulillah, disebabkan group kitorang ramai, kitorang dapat harga RM110/person dengan menaiki boat untuk Phi Phi Island Tour. ingat, untuk Island Tour, ada beberapa jenis island hopping tau, tapi yang paling famous samada 4 island tour, atau Phi Phi Island tour. kitorang memilih Phi Phi Island Tour. RM110/person adalah termasuk dengan makan tengah hari di Phi Phi Island, alatan untuk snorkelling, snacks dalam boat, insurans dan life jacket.

yang ni Island Hopping with Speedboat. lebih selesa tapi bila dia laju, terhentak gakla punggung. HAHA
kitorang dapat RM110/person tapi jangan terkejut during peak season (November-March) diorang boleh charge sampai RM180/person. kena bargain habis-habisan! kalau bukan peak season, RM90/person pun dapat
yang ni longtail boat.lebih traditional gitu. lebih murah package dari speedboat. cuma, tah, tak berani. HAHA lagi selesa dengan speedboat rasanya? tapi boleh je try bagi yang lasak. not for me. mabuk laut. HAHA
seawal pukul 8 pagi waktu Thailand, kitorang dah diminta untuk berkumpul di JP Mansion. rupanya janji Siam ni sama je lebih kurang janji Thailand, agak lewat juga diorang datang untuk pick-up kitorang ke Aonang Beach dengan menaiki tuk-tuk besar sangat atau nama lain dia Songthaew kot? entah, lupa sudah. HAHA. perjalanan dari JP Mansion, atau Krabi Town ke Aonang Beach memakan masa hampir 20 minit jugalah dengan menaiki tuk-tuk, sambil-sambil ada berhenti-henti sekejap pick-up orang lain dekat hotel lain. tapi best gaklah naik tuk-tuk ramai-ramai. berangin gitu. pening pun ia, bawa laju macam wow. =___=
BBMers semua menunggu tuk-tuk tak kunjung tiba. haiyaaaaaa
orang kuat team. bro Adree
kitorang semua termasuklah penumpang-penumpang lain. eh, pakcik misai tu pun tengok camera
eh, pakcik ni peace, peace pula
okey, tatahu nak bercerita apa. maka, biar gambar saja bercerita. hehe
dah pun sampai Aonang Beach. taraaaaaa.
itu boat kitorang semua. before depature. ecewah
mana-mana pun nak bergambar je kerjanya
island hopping ini akan berlangsung dari pagi dalam pukul 9 pagi sehinggalah pukul 4 petang. nanti, pada waktu tengahari, lebih kurang kul 1 petang atau 2 petang diorang akan berhenti di Phi Phi Island untuk sesi makan siang eh tengahari. tersasul cakap indonesia pula. heh. mereka bagi kita masa dalam 2-3 jam di Phi Phi Island untuk makan dan bersiar-siar dan kemudian pukul 3 petang dah berkumpul untuk balik semula ke Aonang Beach dan trip pun selesai. untuk Phi Phi Island Tour, ada beberapa pulau yang akan kita lawati antaranya Hong Island, Monkey Island, Maya Bay dan macam-macam lagi tapi dah lupa namanya. mungkin boleh semak semula website Barracudas Tour, dekat situ ada di senaraikan tempat yang diorang bawa kita melawat. so far, semua pulau yang di bawa memang cantik dan menarik sangat. nak-nak masa tu panas terik kan, memang air membiru yang memukau pandangan!

sakit gak la punggung kena hentak air. gedegang gedegang gitu. memang sepanjang perjalanan makan mentos je. mabuk katanya HAHA
perhentian yang pertama. tah apa nama dia. tula dah mabuk, dia sebut apa nama tempatnya pun dah tak dengar. kasihan deh loh
kulit album apa ni?
kitorang lagi
dekat sana saya memang tukang snap gambar pakai camera gabak saja. tak mampu nak melompat macam ni. nanti gempa bumi, semua tuding jari kat saya. heh
free-style yang pertama
free-style yang kedua
free-style yang ketiga
letih bergambar sampai kena panggil suruh balik masuk boat untuk ke pulau seterusnya. orang ramai kat situ pun mungkin meluat tengok budak-budak ni melompat-lompat, terkinja-kinja agaknya. who cares, bang? HAHA
keluarga bahagia. family potrait. HAHA.meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. port untuk snorkelling! (tapi saya tak pandai snorkelling pun. HAHA)
*bulatnya pipi saya masa ni. =____=*
fantastic scenery
glup.glup.glup. serious tak pandai berenang kat laut. cuak
oololololololo comel-comelnya nemo
glup.glup.glup. dalam air pun nak peace peace.
buaya darat melintas
HELLOOOOOOOO UNDERDERSEAAAAA
diorang lagi

teriknya matahari. rosak kulit mak, nyah!
okey, habis snorkelling sikit-sikit. panas terik. sambung ke tempat lain!
kat sini Leonardo DiCaprio ada belakon cerita The Beach. tapi tatahu apa nama tempat ni. HAHA
google-lah. :P
Maya Bay
cantik!
next stop, bergambar lagi. Monkey Island.
tapi monkey tak ada. bercuti mungkin
cantiknya aaaaaaiirrrr!
dahpun sampai Monkey Island
bermula sesi memenuhkan memory camera
budak-budak ni memang suka melompat-lompat. tahulah ringan. =___=
happy happy happpy
bergambar lagi
semua nak masuk dalam lense camera
bulatan gembira di Monkey Island :)
kitorang lagi
me.myself. gambar dah cantik dah, sekali ada spoiler kat belakang tu nak tumpang bergambar.
=____________________=
masing-masing dah kebulur, dah dua hari tak makan nasi, just makan roti dengan peanut, and minum susu sebagai alas perut, harini rasa bersyukur dapat makan nasi. HAHAHA (budget backpacker memang macam ni. jimat duit)
mari kita ke Phi Phi Island untuk makaaaaaaaaaaan!
welcome to Phi Phi Island!
eh mana tempat makan yang disediakan tu? kebulur nih. HAHA
muka-muka kebuluran. tak tahan lapar
makanan disediakan secara buffet. diorang tak marah kalau kauorang ambil lebih-lebih. diorang faham kauorang kebulur. tak apa
bukti kebuluran.
sesungguhnya makanan Thailand memaaaaaaang sedaaap!
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, jom jalan lagi!
sambung jalan-jalan di Phi Phi Island
mana-mana pun bergambar kerjanya. HEHE
signboard ni memang merata-rata di sekitar Phi Phi Island.
tahukah anda Phi Phi Island adalah antara pulau yang paling teruk dilanda Tsunami pada tahu 2004?
hampir separuh dari Phi Phi Island musnah. Phi Phi Island sebelum tsunami dengan selepas tsunami berbeza ya. nanti tengok gambar.
the other side of Phi Phi Island.
kira belakang Phi Phi Island. tempat ni tak da pape pun, tempat mat-mat salleh berjemur je banyak
warning. kat sini ramai sangat naked. FULL NAKED pun ada. tak payah nak lama-lama sangatlah kat sini
kitorang pun pergi sekejap je, nampak bersepah begini terus patah balik. HAHA
so, kitorang melepak di Phi Phi Island ni sampailah pukul 3petang. pukul 3.15 petang, abang speedboat tu pun dah bising panggil kitorang balik. ye, kitorang antara terakhir naik ke boat ya. hehe. setelah 20 minit macam tu, kitorang pun sampailah semula di Aonang Beach, dan kemudian ambil tuk-tuk yang sama for free disediakan oleh Barracudas Tour untuk balik ke Krabi Town. sampai sahaja Krabi Town, kitorang pun pulangkan balik semua motor kitorang ke owner kedai di depan Pak Up Hostel as mentioned before sebab esoknya, seawal 5 pagi, kami dah bertolak ke Phuket.
yang terakhir,
sebelum masing-masing balik ke bilik masing-masing dan berehat
gambar Backpackers Buddies Malaysia (BBMers) secara beramai-ramai kecuali saya
*nyonya tu dengki ada ke tak snap gambar saya masa second time shoot. sedih*
overall, we had a lot of fun and excitement for the whole day while Island Hopping. it was a great and pleasure experience! (apepasal tiba-tiba speaking ni?). balik sahaja dari island hopping, masing-masing pun membongkang dalam bilik sekejap, dan malam tu beronggeng lagi untuk kali teraakhir sebab esoknya dah ke Phuket.
apa yang kitorang buat malam tu? nantikan next entri! dah panjang sangat entri ni. semangatnya menulis entri kan. HAHA