salam ukhuwah,
aku di dalam mood sangat busan.hati sangat kuat untuk setadi.tetapi sedang mengalami tremor (gigil-gigil bak kata orang kedah, ketaq-ketaq), dizziness yang sangat-sangat, asam lambung meningkat (yang ni tak paham, kate ubat ni antihistamine.tapi mengapakah aku gastrik..?),oh ya lambung tu perut okeh dalam bahasa merah putih. ini semua adalah efek-efek atau dampak-dampak sampingan bila makan ubat nafas pendek ni.aku diserang asthma ok. semalam dikejarkan ke hospital glenigles setelah badan tak larat sudah menghadapi gegelan yang melampau.eceh, ayat nak dramatik.
di hantar oleh pak faisal ke hospital dalam keadaan subconsciousness. saya dengar apa orang sekeliling saya cakap. tapi tak nampak.pandangan mata sudah kabur (ini pun efek ventoline), tambah-tambah lagi spek mata dah jatuh bawah katil tatau di mana. dah dua harian melupakan spek dan terlantar di katil.saya keseorang awak semua nak tahu? semua tidak tahu saya sakit. semua hanya tahu, ala aiza ponteng kelas lagi la tu. manusia memang biadap kan? tuela, tak check tak apa, tiba-tiba mahu kata begitu. sendirik conteng arang sendiri la sapa jahat. (saya tak tuju siapa-siapa, hanya contoh saja. yang terasa, amekla pedoman sket kakak oi). seperti biasa, saya di anamnesis.tahukah anda apakah? anamnesis ni seperti taking history. pelbagai soalan dihempas pada saya disaat separuh sedar itu. antara soalan-soalan yang saya dengar tapi tak nampak sapa yang tanya. nurse atau malaikat? ahaha..
si.baju.ijau :mbak, namanya siapa?
yg.sakit : S.... A..
si baju ijau : lagi ga paham.siapa mbak?
yg sakit : Aizaaaa laaaaaaa... (sakit ne..)
si baju ijau : okey, mbak. sakit apa aja. mbak bisa dengar?
yg.sakit : tak pekak lagi. sakit peparu ja.telinga tak. (aku takde la jawab cam ni..hati ja menjawab kurang aja..ahaha..) ga bisa nafas ni, udah cungap-cungap (tataula dia paham cungap-cungap tu mende..) .pala nya lagi pusing, sakit sangat. badan sejuk, menggeletar tapi badannya panas (aku pun tatau aku cakap pa..panas sejuk semua ada..)
lepas sudah ditanya semua tu, i mean taking history itu, barulah dia memulakan check-check yang penting-penting.di panggil 'vital sign'. physical examination. diorang bukak mata aku tgk masih idup ke tak..(eleh, nak tengok mataku yang shantek ni..), check blood pressure (tiba-tiba naik kan, normal 110/80), check temperature (39.7. yang ini panas..), dia cek dalam mulut saya, dia bukak mulut besar-besar pastu cakk, nampak tonsil.ahaha. lepas tu barula dia suruh saya rehat dulu sementara tunggu mesin ajaib saya sampai. kemudian, saya pun ber'scuba-diving' bersama mesin ajaib tu (budak KMB itu yang ckp, macam scuba diving..zzzz)
lama jugakla dok tekap muka ngan topeng tu. dok pakai macam duduk luar bumi. berasap-asap seperti winter season. saya hanya terbaring kt katil posisi dua, UGD (unit gawat darurat) atau dipanggil di tempat kita Emergency Room. sejam lebih jugak la. sampailah ubat saya itu habis baru dilepaskan topeng itu. saya berhenti berscuba diving. si baju hijau itu suruh saya berehat ja di atas katil. tiba-tiba disebelah saya sudah ada teman. patient lain.seorang lelaki tua. tataula setua mana. didapati sakit DM.(saya dengar-dengar doktor tu cakap DM..DM..so maybe DM kot..), tau kan DM? diabetis melitus itu. alah, pakcik-pakcik makcik-makcik mesti tahu. penyakit biasa dalam family medicine. kawan saya pergi mengambil ubat-ubat saya di apotek. nah kau. satu beg plastik besar. 500k Rupiah terbang. (seratus lebih jugak la dalam RM). saya seakan-akan terkejut. baik saya beli mesin ajaib ni letak kat rumah je. tak sanggup la bayar banyak-banyak. mak ada kat sini takpela.ahaha. tapi, nasib baik. mara sertakan saya dengan insurans takaful.boleh claim.maka FOC ye rakan-rakan.lepas ni, leh p glenigles slalu. tamau pergi rumah sakit biasa-biasa.service tak baik.doktor takde ethics, patient banyak.kene beratur tunggu lama. pastu dapat ubat bebas. kat farmasi pun boleh beli. jom ke glenigles. (promote ke apa)
ini adalah ubat yang diberi.mari belajar farmako.( HEART pharmacology.Heart Aznan Lelo!)
TOCEF (Cefixime) 100mg CAP
- ini ubat antibiotik yang dipanggil cephalosporin. bersifat bacteriasid yang bekerja di bahagian tenggorokan.maksud saya, antibiotik ini bekerja untuk pembersihan kt liang pernafasan. mungkin ada micro-micro jahanam seperti bakteria merempat kat trakea saya ni.
SANMOL 500g (Paracetamol)
-ini ubat saya rasa semua tahu apakan. tidak perlu diperjelaskan.
LAMESON 4mg (Prednisolone)
-ini ubat avoid asthma berterusan. menurut kakak, ubat ini diberi jika asthma teruk. terkedu sekejap. pulak dah? tak pernah rasa asthma itu sebagai major disease dalam diri ini. saya sihat dan lepak weh.
SYMBICORT 60 dose (budesonide & formoterol)
- ini pun ubat up untuk asthma. kiranya untuk asthma first second class. (tingginya rank). ubat ini bekerja sebagai corticosteroid dan juga beta blocker (beta 2 rasanya. bertindak pada peparu. kalau beta 1 pada jantung). long lasting beta blocker. yang menyebabkan efek bronchodilation.peparu saya mengembang. dan mesti ada yang mengempisnya balik. apa ya? saya rasa ubat seterusnya ni.
COHISTAN SYRUP (Expectorant) 100 ml
-ini ubat batuk dalam bahasa mudah.menstimulate penghasilan lendir pada kerongkong ni. so, batuk taklah teruk sangat sampai kering anak tekak. biar batuk tu basah. lagi bagus. nanti micro-micro yang dok merempat kt liang pernafasan aku ni terbawak skali dengan lendir-lendir tu kuar dari mulut.ahaha.ubat ini mengandungi semacam jenis drug yang mengantukkan.apa namanya aku pn lupa.apakah dai DPH? ntah.tak ingat.ia juga antihistamine. di mana, asam lambung saya akan direducekan bila bekerja pada reseptor H2, dan mengelakkan berlakunya alergik kalo bekerja pada reseptor H1.
itu saja ubat saya. semuanya. 500k Rupiah. efek ubat dah meningkat.saya perlu rehat. maka, selamat jalan semua.jalanlah~
p/s : oh ya, saya dicutikan 3 hari. perlu menghabiskan semua ubat itu. dia di KMB sebagai doktor peribadi saya setiap 8jam sekali suruh makan. macam alarm clock. tak paham betul. saya ni malas makan ubat. tidak suka. bakal-balak patient saya, jangan tiru perangai hodoh seorang doktor ni.